Sunday, September 8, 2013

Bengkak susu

Sejak Muiz lahir, alhamdulillah anak aku menyusu badan secara eksklusif and alhamdulillah bekalan susu untuk dia tak pernah putus..and semalam, for the first time in my life, aku kena bengkak susu..sakitnye nauzubillah...sakitnya cuma DIA yang tahu..dah pam pon rasa macam ada batu besar duk tergantung kt breast.. macam mana pon tak hilang sakit tue..bila aku gugel, mmg perkara ni common untuk ibu2 yang menyusu bayi ni.so redha je la..paling2 kurang, sekali mesti kena :-(



Mengikut bacaan aku, bengkak susu ni terjadi pasal berlaku pengumpulan susu yang banyak akibat peghasilan susu yang banyak disebabkan hormon lacta yang dihasilkan oleh badan..kiranya hormon ni bantu penghasilan susu la..so bile hormon ni hasilkan susu, secara langsungnya, kita kena supply kepada anak la kn?..but sometimes, produstion lebih tinggi dari deman..so berkalulah kejadian bengkak susu secara semulajadi.
Struktur dalaman payudara seorang wanita


Antara sebab boleh berlakunya bengkak ni adalah seperti berikut;

1- Masa penyusuan yang tidak teratur. - Ni kes yang selalu jadi. Diawal kelahiran baby, susu dah mula banyak terhasil. So sangat penting untuk kita susukan anak setiap 2 atau 3 jam sekali. Satu lagi, jangan lupa untuk selang selikan antara breast kiri and kanan tau..kalau lupa ni yang boleh sebabkan bengkak..pasal susu terkumpul lama. Lagi satu, awal2 lahir, baby mmg kuat tidur..so kalau dia tidur, bangunkan tuk menyusu..Menyusu kerap ni bagus tau especially tuk elakkan kuning pada anak..sebab the best ubat hilangkan neonatal jaundice adalah susu ibu..Kalau susu banyak (alhamdulillah), seeloknya pam susu sikit dulu and kemudian baru susukan baby. Pam la agak2 sampai breast jd lembut..so xde la flow susu laju sangat n buatkan anak tersedak susu..Lepas bagi baby puas menyusu, mommy perlulah pam susu agar breast dikosongkan dan bolehlah produce susu baru and boleh disimpan sebagai stock EBM.

2- Jangan miss waktu mengepam. - Yang ni sangat penting tuk ibu yang dah start keje..time cuti bersalin mmg sedap la baby mengisap breast kt tuk menyusu kn?..tp bila dah start keje, atleast tuk 8 jam masa bekerja tuh, korang kena ingat, susu tetap dihasilkan oleh mamary gland kt..so seboleh mungkin, maintain untuk pam susu and simpan as stock EBM setiap 2 or 3 jam (bergantung pada badan masing2 la).. macam aku, kalau tak pam, gerenti sakit gler kena bengkak susu. rasa cm breast ni ade batu seketul yang nak tersembul keluar..sakitnye masyaALLAH..mmg tak tertahan. Satu lagi, bila kita pam semasa kerja, aktiviti ni akan maintain otak kt untuk beritahu badan tuk continue hasilkan susu tuk anak..if korang determine nak bg anak exclusive EBM, sila lah gigih tuk mengepam ek..buat stok byk2....hehehe

3- Baby tidak menyusu dengan betul. - Biasanya terjadi untuk baby baru lahir. Baby baru nak belajar latch atau pelekapan yang tidak betul. Mulut baby pun kecik sangat masa baru lahir. Nak dibandingkan dengan nipple mommy yang besar. Ini pun boleh jadi punca berlakunya bengkak susu.






4- Liang susu tersumbat - Ha, kes ni la yang jd kat aku semalam..sakitnya nauzubillah sangat tak terkata.Kes ni jadi pasal lubang saluran susu tersumbat..cm kes aku ni, salah aku la jgak..pasal siang 2 byk knduri bagai, so menyusu baby aku dah lupe nak selang seli antara breast kiri n kanan..dok bg kanan je..start kul 9 malam dah rase cm batu kt breast..kul 10 malam dah rasa batu tuh nak tersembul kuar breast..mmg sakit..aku pam pon susu xmo kuar..cuak jgak mase 2..huhuhu..

So sedikit sebanyak korang dah tau la knapa boleh jd bengkak susu ni so jom tgk pe yang boleh buat tuk kurangkan sakit bengkak susu ni..

Cara mengatasi bengkak susu:

1- Tuam breast. : Ok, cara pertama yang aku bc adalah tuk tuam breast ngan air suam..ambil la kain napkin anak n tuam breast yang bengkak tuh ngan napkin yang direndam ngan air suam..cara ni tuk bantu liang tersumbat tuh tuk buka semula..ketulan susu yang tersumat akan cair dan insyaALLAH boleh hilangkan bengkak susu..tuamkan breast tuh dari tempat bengkak menghala ke nipple..mula2 mg sakit but insyaALLAH lama2 akan ok.


2. Marmet - Teknik marmet ni boleh bantu untuk rangsang pengeluaran susu yang berlebihan dalam breast kt..urutkan manja2 breast tuh and insyaALLAH bengkak susu akan kurang


3- Sikat breast dengan sikat rambut. - Kaedah ni aku tak pernah cube but katenye berkesan la..orang2 tua cakapcakap..kalau orang dulu-dulu rambut panjang. Mereka akan sikat breast mereka dengan rambut yang panjang mengurai tu. Tapi, disebabkan rambut orang sekarang ni tak panjang-panjang bukan main macam orang dulu, petua tu digantikan dengan sikat rambut.

4- Bagi baby menyusu. Teknik ni yang aku rase paling baik antara byk2 teknik yang ada..sungguh, tak tipu..Hisapan baby adalah yang terbaik untuk melegakan bengkak susu ni. Bila baby hisap, ketulan susu yang membeku pun boleh pecah. Hebatkan kuasa ALLAH?..sekecil2 anak, dia lah yang boleh bantu kita time sakit bengkak susu ni..subhanaALLAH..aku sndiri rasa macam mana anak aku tolong hilangkan bengkak susu..sangat amazing..sebab lepas je dia hisap, breast aku mula kendur n tak tegang cm sebelumnya..sakit pon hilang..

5- Letak kobis pada breast. Kobiskan bulat..so, kopekkan helaian kobis tu dan tutup pada keseluruhan permukaan breast. Memang akan rasa sejuk..je breast. Lagi-lagi kalau kobis tu keluar dari peti ais. Memang best. Sejuk..je. Tapi, ada org ckp, jangan letak kobis selalu dan jangan letak kobis lama-lama sebab nanti susu boleh kering. Letak dalam 2-3jam ok kot..aku xcube mnda ni pasal xde kobis semalam..hihi
So ni je la yang boleh aku kongsi pasal bengkak susu.. pengajaran yang aku dapat dari kes semalam adalah, kena pam susu selalu, anak kena minum dua2 breast ngan jgn lupa breast mana yang kt bg..kena selang seli..hehehe

Till then, bye2..

No comments:

Post a Comment