Saturday, September 7, 2013

ANAKKU TAK MAU SUSU BOTOL

Ok, cabaran dah mula timbul..semalam tine amik Muiz kt taska, akak pemgasuh bgtau hari ni Muiz refuse nak minum susu.. Bg 12 oz, bru 7 oz dia minum..day before dia minum 9oz separuh haro..hmm..knapa ngan anak aku ni?..selama ni ok je dia minum botol..xpernah ada masalah..risau jgak ni..naku berazam nak bg Muiz exclusive breast feeding smpi 2 thun..insyaAllah..jom check nape ja cm ni...

So mari kita senaraikan masalah dan teknik penyelesaian yang mungkin dapat kita lakukan:

1. Nipple Confussion
Bayi sangat sensitif dengan bau ibu. Sejak dari keluar alam rahim baby akan menangis, bukan kerana lapar (fakta : bayi yang dibuang masih boleh hidup 3-4 hari tanpa bekalan makanan dan minuman.. subhanallah..) tapi kerana manjanya beliau. Sudah biasa dengan alam rahim yang sempit dan bila keluar tentulah hendak didakap mesra oleh ibu.. dulu disuap dengan tali pusat namun kini nipple ibu lah tempat yang paling selamat. Betapa besarnya kuasa Allah, memberi kebijakan sebegitu kepada bayi..Dan kerana bijaknya baby kita, dia tahu membezakan antara yang original dan tiruan..Mula-mula, kita kenalah bersyukur jika bayi kita menolak untuk minum dari botol.. itu adalah petanda pertama bahawa baby kita sudah boleh membezakan satu perkara :)

Mungkin teknik-teknik di bawah boleh kita cuba;

a) Elak kita yang bagi EBM- sebolehnya dapatkan bantuan daripada orang sekeliling seperti suami/ibu/bapa/ kakak atau orang lain yang boleh berinteraksi dengan baby untuk bagi EBM diperingkat awal. - sebab baby cerdik.. kenal bau kita, selagi ada bau kita selagi tu dia ngada2 nak direct feeding! ;-)

b) Try guna cup / picagari / sudu / penutup botol ubat (syringe)- semua alat2 ni diguna sebagai kaedah permulaan untuk anak terima EBM- ada yang bila dah ok boleh beralih ke botol pula, namun ada juga yang lebih suka teruskan guna alat yang ada tanpa guna botol untuk elak baby nipple confussion lagi. 

c) Try n error cari puting yang sesuai- bagi yang menggunakan botol, recommended puting untuk dicuba : tommie tippie / NUK / MAM/ Avent/ Dr. Brown- puting-puting ni bentuknya seakan2 bentuk puting kita, cuma bau puting tu yang akan dipilih oleh baby..beli satu produk, kalau tak boleh try produk seterusnya.. :) 

d) Gunakan trick
Trick 1:- biasanya baby masa dia mamai nak tido tu mungkin dia akan hisap jari, try tarik jari dia dan sumbat dengan botol. - ingin diingatkan bahawa kaedah ini perlu dibuat sekali nafas sahaja- sebab biasanya kalau orang bising atau tegur dia akan lepaskan botol tu..
Trick 2:  - baringkat baby atas peha, mengiringkan badan menghadap dada kita (posisi seperti nak bagi susu badan) selak baju dan jatuhkan pada area muka dia, then terus sumbat botol (nampak agak kejam tapi ia satu usaha berguna yang boleh diguna). cuba untuk kekalkan position supaya baby 'selesa'.Macam-macam helah lagi yang boleh dibuat oleh para ibu dan orang-orang disekeliling.. ibu kena kreatif! :) 

e) Susukan baby sebelum lapar / mamai 

f) Bercakap dengan anak: kaedah ni aku rasa sesuai tuk suma kes pon..cuba cakap dengan anak lembut2 pasal ebm ni..bgtau dia kebaikan ebm..puji dia if dia minum walau sedikit..encourage dia walau sikit progress..pasal rasulullah sendiri pernah cakap, anak2 sangat lembut hatinya n insyaAllah anak akan faham n dengar ckp kita..time kecik ni, otak dorang cm sponge yang akan menyerap semua perkara tuk dijadikan jati diri dorang..pujuk dengan kata2 yang baik, mesra n manja..aku tgk muiz ade progress yang baik bila aku buat cm ni..tp kesabaran mmg perlu tinggi

2. Tolak EBM .. lebih suka yang fresh..aku rasa anak aku kes yg ni..sebab masa try bg botol kosong, dia baham jgak..but bila susu masuk tekak, nan ado..meraung blik..

Teknik yang boleh digunakan :Mulakan dengan memberi bayi minum susu perahan segar / fresh.. maknanya susu yang diperah pada hari yang sama.. jangan terus beri ebm yang beku.. Kerana, rasa ebm beku kurang enak berbanding yang segar..Manfaatnya, ibu boleh dielak daripada bermalas-malasan mengepam yang akhirnya menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.Dan, selepas baby biasa dengan rasa ebm, barulah beransur-ansur memberikannya ebm yang diperah semalam, 2 hari sebelum, 3 hari sebelum dan akhirnya ebm beku

3. Bau susu
Kadang-kadang susu ebm yang disimpan dengan produk-produk beku lain seperti lauk pauk dan makanan lain boleh menyebabkan susu ebm berbau seperti makanan yang kita simpan.
Teknik : periksa peti sejuk / freezer-  So make sure makanan dan minuman yang disimpan bersama ebm di seal dengan sempurna. atau simpan dalam bekas yang bertutup rapat seperti tupperware. 

4. Lipase enzyme breakdown
OK, yang ni aku bc kt forum ibu2 international. Salah satu sebab anak tak mau susu adalah sebab penguraian enzim lopase dalam susu ibu..enzime ni mmg tinngi kandungan dalam susu ibu..tindakbalas enzim ni berikan rasa susu soapy and metal taste (aku xtau rasa metal pasal tak pernah rasa)..dikatakan perkara ni mmg common bg ibu yang menyusu badan..

Teknik: ada kaedah dipanggil scalding..scalding ni maksudnya lebih kurang masak susu kt periuk sampai kt tepi2 periuk ada sikit bubble..jgn smpi mendidih..lepas ada bubble 2, padam api n simpan..dorang ckp, leh kurangkan tindakbalas lipase ni..aku xcube pon lg..hehe..

5. Kulat pada permukaan lidah
Possibilities ni agak scary untuk difikirkan. Ada kes yg aku bc, baby tolak botol coz fungus merebak kt lidah anak. But if ini ygbjd, anak xkn hisap botol ataupon breast ibu..sbb menyakitkn. Kalau ni terjadi, silalah pegi hospital or klinik tyk dapatkan antibiotik

Akhir sekali, berdoa banyak2 pd Allah supaya anak kt  terima susu yang kt perah untuk dia..InsyaAllah, anak tahu kt sygkan dia n berusaha untuk dia dapat kebaikan dari susu yang kt perah..jangan putus asa.., kuatkan dan tabahkan hati dan emosi. Dalam masa yang sama, kita perhatikan juga la perkembangan anak untuk tempoh 2 minggu ke 1 bulan.. Selagi anak kita sihat, aktif, ceria dan berat badannya maintain insyaALLAH anak kita dapat semua zat n khasoat susu kita.. Apa yang anak kita minum itulah yang diperlukan olehnya. Penyusuan susu ibu itu mencukupi tanpa mengambil kira berapa oz yang telah diminum dalam sehari..Keep on positive thinking, pumping dan simpan stok... insyaAllah doa ibu2 akan dimakbulkan Allah kelak... Aminnn..

No comments:

Post a Comment