Wednesday, November 19, 2014

Spegeti bolognese

Hi guys..

Hari ni nak share sikit my cookinglast night. Spageti bolognese with a twist..hehe..twist ape?..tungguuuuu. Sebenanye spegeti ni antara one of my most favorite la..Atleast once a month mesti buat. Jom I share my recipe

Bahan-bahan
Daging cincang
Sos tomato Prego
Bawang besar holland
Daun seleri dipotong halus
Cendawan shitake
Daun bay
Tomato
Cili padi
Minyak zaitun

Cara memasak

A. Memasak sos bolognese

1. Panaskan periukdengan minyak zaitun
2. Layurkan bawang merah sehingga kekuningan
3. Masukkan daun seleri, cili padi dan daun bay ke dalam periuk sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang yang telah dibasuh. Masak sehingga daging separuh masak.
4. Masukkan sos tomato prego dan biarkan mendidih
5. Masukkan cendawan  dan tomato. Renihkan sehingga masak
5. Masukkan garam dan tutup api


B. Memasak pasta

1.Panaskan air di dalam periuk yang tinggi
2. Masukkan garam dan minyak. garam berfungsi untuk memberikan rasa kepada pasta dan minyak digunakan untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain dan memberikan shining kepada pasta..hehe
3. Setelah air mendidih, masukkan pasta dan renih sehingga pasta lembut.
4. Setelah pasta lembut, tutup api dan toskan pasta. 

C. Side dish : Ceasers salad
1.Gaulkan bawang,salad, dan tomato bersama garam dan sedikit minyak zaitun (extra virgin olive oil)

Bila suma item telah siap, jom gabungkan. Letakkan spegeti atas pinggan dan tuagkan sos bolognese ke atasnya. Letakkan ceaser's salad disisi spegeti. Sprinkle grated cheese ke atas dish untuk bind all item together. Selamat menjamu selera guys :-)

No comments:

Post a Comment