Sunday, November 9, 2014

Lempeng kari ayam

Ok..weekend datang lg..so as a working mum ni, weekend je la masa yang boleh masak mewah2 sket..so today i've decided to masak kari ayam.. simple je..jom tgk 

bahan-bahan 
Ayam
Rempah kari ayam / daging babas (rempah lain dah pnah try n xsesedap babas..hehe
Bawang merah
bawang putih
halia
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun kari
Santan
garam

Cara nak masak 

  1. tumis bunga cengkih, bunga lawang, daun kari dan kulit kayu manis dalam periuk sampai naik bau
  2. Masukkan bawang Merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang..masak sehingga naik bau juga..
  3. tumiskan rempah kari ayam / daging babas bersama sedikit Air..tumis sehingga pes kari  itu garing..
  4. Masukkan ayam yang telah dibasuh dan masak sehingga daging mula bertukar putih..i suka buat cmni so rempah kari akan mesra dengan ayam dulu sebelum masuk santan dan air
  5. Masukkan santan..kalau guna santan kotak, tambahlah sikit air supaya kari tak terlalu pekat..
  6. masukkan kentang danbiarkan kari merenih seketika hingga masak..
  7. sebelum tutup api, masukkan garam secukup rasa siap!
Kari ayam mabeles ku..hehehe

................................................................................

since i masak byk sket kari ayam tuh, petang2 padankan la plak ngan lempeng..mmg one of our favourite tea time delicacies la..(nak menjala malas..so lempeng je dah la kn..hihi)..Resipi lempeng i as follows ye..

bahan-bahan
1. Tepung gandum
2. Telur
3. Susu low fat / susu omega
4. Garam

cara nak buat sgt lah mudah..campurkan tepung dan garam dalam bekas..pecahkan telur m masukkan susu sedikit demi sedikit sampai dapat kepekatan yang kt nak..pas2, panaskan kuali dengan api sederhana..letak sikit minyak olive dan boleh la mula memasak..hasilnya, wallah..hehehe

Lempeng siap!..jom mkn ngan kari td..hehehe

OK la..dah penat membebel..perut kenyang..mata layu..jom ZZZzzzz

Selamat mencuba kawan2!

XOXOXOXOXO

No comments:

Post a Comment