Friday, July 11, 2014

Kek pisang

Ok, ari ni dtg mood merepek I nak buat kek pisang..kisahnya hubby beli pisang last week but xabis makan.. Pisang kt cpat lebam..cm sayang plak nak buang..so memandangkan bulan puasa yang mulia ni, stok brg2 kuih raya ade byk..so jom buat kek pisang..so I terus gugel resepi kek pisang yang best..hati terpaut kat resipi yang Azie Kitchen share.
Meh I share resepi kek pisang I..hehe


Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (I gune 7 biji..hehehe)
1 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung
4 biji telur
1 cawan walnut cincang
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder


Cara cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C.Sapu mentega pada loyang dan ketepikan. 
  2. Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
  3. Masukkan kacang walnut yang telah dicincang kedalam adunan. kacau sebati
  4. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
  5. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

adunan dimasukkan dalam ketuhar..45 minutes lg siap laa..
Walaa..sedap tau.. 
ps: sori gambo tak cun..gune hp Nokia je ni..tak sempat snap gune kamera..huhuhu

Hasilnye, wallah..Mudahkn?..selamat mencube kawan2!

No comments:

Post a Comment