Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 2 bulan umur anakanda tercinta..sekejap je masa berlalu n dah nak mula kerja balik dah ibunye ni..Dan sebagai tanda kesyukuran, aku n family decide untuk adakan majlis akikah dan cukur jambul budak busyuk ni on 31 Ogos 2013..Exactly setahun selepas majlis perkahwinan kami..alhamdulillah..
Untuk akikah kali ni, ktorang sembelih seekor kambing dulu..msti korang tnye kn knapa sembelih seekor sedangkan anak kami lelaki..sebabnye, nak kc adil kat dua2 pihak keluarga. so kali ni, sekor kambing kt umah family aku, n satu lg insyaALLAH masa raya korban nanti kt umah family hubby..
|
Enjoying his buaian |
Selesai majlis marhaban, tetamu dijamukan dengan hidangan kambing golek..tp gmbonye tak sempat snap..hehehe..alhamdulillah ramai yang datang mendoakan anak kami..sampai tak menang tangan melayan tetamu..alhamdulillah sgt2 sebab niat nak berkongsi kegembiraan termakbul..lgpon still dalam mood raya kn..so ala2 rumah terbuka la sket..hehehe..
|
Doorgift sempena akikah Muiz..Cakar ayam Ferero Roche..cakar ayam ni, makcik yang buatkan..n sticker tuh, ciptaan member kt QayyumCreation |
Dah petang sikit, tetamu pon dah kurang, kami mulakan misi tuk cukur botak budak busyuk ni..cukur ni, kami give the honour to ayah mertua aku..sebab dia pernah cukurkan anak buah hubby dulu..so ade la pengalaman sket..hehehe..enjoy je la ek detik2 anak kesayangan aku ni kne cukur botak..hehe
|
Memula, ayahnya yang pegang.. |
|
ni ibu pegang pulak.. |
Bukan senang woo nak menggondol rambut budak..menangis meraung jugak la anak kesayangan aku ni..macam2 position aku n hubby pegang..sian atok dia sampai tertunggeng2 nak cukur bg botak..n alhamdulillah selepas hampir sejam misi menggondol, tadaa!!..botak sudah budak kecik ni..oh, sebelum lupa, FYI, rambut yang dicukur tuk Muiz ni ktorang simpan tuk timbang..ada baca kt internet cakap sunnah untuk timbang berat rambut anak dan setarakan dengan nilai emas..nilai yang dapat 2 sedekahkan pada fakir miskin..inysaALLAH nanti kami sedekahkan nilai tue :-)
|
muka pasrah muiz lepas kena gondol |
Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab kami mengadakan akikah untuk putera kesayangan. niat bersedekah dan berkongsi kegembiraan tercapai..syukur alhamdulillah..lepas ni, fokus pulak untuk mendidik Muiz menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment