ni yang aku dapat senarai semak dari www.PakarCinta.com. selamat merancang perkahwinan korang la ek!..
Senarai Semak Majlis Perkahwinan:
12 Bulan Sebelum Majlis.
- Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
- Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan,bajet kecemasan dan sebagainya.
- Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran, Pelamin,Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
- Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.
8 Bulan Sebelum Majlis.
- Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
- Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
- Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
- Daftar kursus pra-perkahwinan.
- Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangananda).
- Dan lain-lain hantaran.
6 Bulan Sebelum Majlis
- Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan agama islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
- Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Memberi cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
- Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
- Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.
3 Bulan Sebelum Majlis
- Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
- Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
- Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
- Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
- Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-mana jabatan agama islam untuk menikahkan anda.
2 Bulan Sebelum Majlis
- Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
- Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
3 Minggu Sebelum Majlis
- Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
- Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
- Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.
3 Hari Sebelum Majlis
- Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
- Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
- Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
- Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
- Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
- Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).
Usai Majlis
- Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
- Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
- Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
- Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
- Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
- Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
- Bertenang dan selalu senyum.
- Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.
.
No comments:
Post a Comment