Friday, February 15, 2013

Tanda mengandung anak lelaki atau perempuan

Stiap pasangan yang sedang menunggu masa untuk menerima kehadiran penyeri dalam hidup mesti anxoius pasal jantina anak yang dikandung kn?..bohong la kalau xfikir..

n kalau korang berborak2 ngan org tua2, msti byk je petua2 yang diturunkan tuk teka anak kt 2 jantina dia apa..kdg2 boleh percaya jugak tau menda2 ni..ye la, zaman dulu mane ade scan or yang sewaktu dengannya..sume yang dorang ckp msti based on pemeerhatian yang dah bertahun2 lamanya..but ye la, mnda ni kan rezeki ALLAH..so jangan la terlalu memilih sangat..walau boy or girl, anak 2 adalah anugerah ALLAH yang sangat bernilai untuk kita..

but for reading purposes, aku saje up tanda2 tuk teka jantina anak based on fizikal characters mak dia.ni aku dapat through gugel n ade sebahagian yang makcik2 n akak2 kt opis aku ni ckp.klu betul 2, betul la..klu x, anggap je la ilmu ek..ehehehe..tuk aku, ade sebahagian yang dalam list ni mengena but tunggu!!!...

Tanda hamil anak lelaki
  1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  2. degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  3. anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  4. perut anda kelihatan bulat sempurna
  5. bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  6. bentuk perut condong ke arah bawah
  7. sukakan makanan yang masam dan masin
  8. suka makan daging dan keju
  9. tapak kaki selalu berasa sejuk
  10. tangan selalu kekeringan
  11. suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  12. bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  13. anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  14. hidung tampak lebih mekar
  15. selalu sakit kepala

Tanda hamil anak perempuan
  1. mengalami morning sickness di awal kehamilan
  2. merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  3. payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  4. rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  5. bentuk perut condong ke arah atas
  6. perut tampak agak lonjong
  7. mengidam makanan yang manis
  8. sukakan buah-buahan
  9. suka minum air atau jus yang bersifat masam
  10. anda lebih cerewet semasa hamil
  11. mudah moody berbanding sebelumnya
  12. kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  13. tidak suka makan roti bersama kulitnya
  14. payudara kelihatan mengembang
  15. suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

Friday, February 1, 2013

Petua nak dapatkan anak lelaki atau perempuan

Saja2 google...amk kt cni : Aribaomar.blogspot.com

Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection). Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 - 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio). 

Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-

1) FAKTOR MAKANAN
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

2) FAKTOR MASA
Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

3) FAKTOR KEDALAMAN
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.

4) FAKTOR KEMUNCAK
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki.

5) FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI) 
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

6) FAKTOR KEDUDUKAN
Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.

Sumber: Pa&Ma (Volume 1) 40 Minggu Nan Indah.