Wednesday, September 26, 2012

Rumahku ada JIN?


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DIDALAM RUMAH

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.


CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah


Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut. Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.


"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."


2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :


AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.


3) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.


Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.


Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.


Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.


Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

sumber: Telaga Syifa'

Saturday, September 15, 2012

H.O.N.E.Y.M.O.O.N

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu melayari bahtera cinta..ceeewah!..hahaha!After settle majlis kat dua2 pihak, ape lagi, msti la kne honeymoon kn?..so sebab majlis bertandang aku kt Bota, tempat plg senang nak g msti la Cameron Highland..wink2!..

So pada pagi yang indah, September 2012, aku pon berangkatlah dengan Encik Suami p Cameron Highland..Tp being me, msti la aku ade je mnde mengarut yang nak buat kn?..so daripada kononnye honeymoon berdua, aku angkut skali photographer kepam2 aku p naik Cameron?..motip?..wat post wedding photography..ekekekeke..

So, this time, photog aku adalah bro g-John kepam2 ngan bos dia..siapakah?..mustilah En. Aizul Marcello..Fiq pon ade :-) shoot wat kt Sg Palas Tea Center..mmg best..aku ngan hubby sgt suke ngan kek dorang..tea pon sodap..Layan je la ek sikit2 gmbo post wed aku kt sane ek..
Kat sini la pilem ombak rindu shooting..ehehehe
artis gitew!..wakakakaka!

feeling abis..hehehe
Tah ape tah yang ditengok kt atas tuh..merenung masa depan kowt..
ni namenye photographer enterpreme..kt belakang 2 aizul ngan fiq..ehehehe

Dah settle bergmbo2 kt Sg Palas, aku check in kt hotel penginapan..amik pakej Honeymoon ye kawan2..kt mane?..sndiri tgk la gmba2 ni :-)

Strawberry Park Cameron Highland
Honeymoon suite..wink3x!
lalalalalala...best woo dah kawin..leh dok ribe2..ehehehe
bermalas-malasan..



Dah rilek2 cergaskan diri semula, jom p Kea Farm..jagung best..ubi best..nyum3x!..

bunga satu lori!
jambu dorang sodap!
rase cm kt obersea la..ekekekeke

OK?..puas tgk gmbo post wed aku?..sket2 dah la kn?..yg lain tuk kenangan indah aku ngan suami je..hehehe...mlm plak ktorang ingat nak g night market but rupenye, night market Brinchang cume ade hujung minggu ye kawan2 ..so xpayah la gatal2 nak berangan..huhuhuhu..so, tuk qada' kekuciwaan tak leh nak p pasa mlm, aku, En. Hubby n bro g-John p layan mapley kt brinchang..Malaysia lawan Vietnam tuh..hahaha!..

Teh tarik gelas besar satu!

*********************************************************************************
DAY 2

Second day pulak lepas bekpes, aku ngan hubby p half day tour Cameron Highland..dah masuk pakej dah..so xpayah byo pape..photog aku dah xjoin dah sbb deal ngan dorang pun tuk sehari je..:-)

Sebelum cargas p honeymoon trip. kt isi minyak dulu :-)
ni kat Gunung Berinchang
Tea farm kt otway turun Gunung Berinchang
Moss forest

Ktorang p jgak kt Sg Palas Tea Center, and bee farm but xsnap pix pon..sori la ye peminatku :-P..Balik dari half day tour, ktorang dijamu pulak dengan high tea..scones dia mmg terbaek..wallah!
scones depa mmg SODAP!

and last but not least, on the final night kt Strawberry Park tuh, we have our first candle light dinner ever..makanan dia sedap woo..western la kn?..hehehe
Caesar's salad..sedap..hehehe
Tomato soup..
Hubby's entree..Grill chicken..
my entree..Salmon grill..aku nak menda ni lagi!
Strawberry cheese cake..lalalala..

*********************************************************************************

DAY 3

Pagi2 bangun, hubby bg 3 kuntum bunga ni..merah tanda cinta, putih tanda suci n pink tanda dia akan jadi sahabat saya selamanya..love u hubby!
Third n final day kat Cameron highland..xde aktiviti sgt pon..just bermalas-malasan kt bilik..ktorang check out kul 12..b4 balik, aku request hubby nak mkn waffle..so ktorang g kt satu waffle station yang member aku rekemen..Waffle station ni letak kt sebelah hotel Casa De' la Fern..mmg sodap n berbaloi2..sila pergi mkn kt sane..hehehehe
Sila datang kt cni..memang sedap waffle dia..
N b4 turun, kami skali lagi singgah kat Kea farm..biase la..beli souvenier sket tuk family..n the best part is, hubby bought me this lovely flower..merah tanda cinta :-)

bunga n jagung bakar..PERFECT!

So, inilah cerita honeymoon aku.. LOVE is in the air!




Wednesday, September 12, 2012

Bertandang

Ok..last week dah cerita pasal majlis resepsi aku kn?..so ari ni jom layan gamba2 masa majlis bertandang kat belah hubby pulak..FYI, aku xde gmba mase dorang prepare majlis ni sebab mak ngan ayah xbg menantu dorang ni balik b4 majlis..xsurprise katenye..so enjoys je la gmba2 aku masa majlis ek..hehehe!


*************
8 September 2012

Preparation for the majlis :-)

Disambut kompang

with some of the guests

Alhamdulillah..

Tuesday, September 4, 2012

My wedding journey

Tanggal 31..bulan 8..2012..Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku dah sah jadi isteri kepada seorang yang bernama Mohd Hanafi bin Ahmad Damanhuri.. As i've told you guys, it was not an easy journey but alhamdulillah despite all challenges, we've made it..Orang lain dok nyanyi lagu merdeka, aku plak nyanyi lagu kawin..ehehehehe

anyway, not much to say, just enjoy la some of my wedding pix ek :-)

*************
31 Ogos 2012

Dengan sekali lafaz, aku milik mu :-)
Saatnya sudah tiba
Alhamdulillah
Malam berinai


*************
1 September 2012
Khatam al-Quran

The pelamin





Ready bebeh!

Menunggu sang suami

Bersanding :-)
makan beradap

Family
Doakan kami :-)