Monday, November 12, 2012

Surah amalan ketika mengandung

  • Surah Al-FatihahUntuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingtan.
  • Surah Yusuf Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah YaasinUntuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah LuqmanUntuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah MaryamUntuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.
  • Surah At-TaubahUntuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah Hujurat -Untuk memperbanyakkan susu ibu, dan anak bersifat berhati-hati.
  • Surah An-Nahl (Ayat-78) -Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Wednesday, September 26, 2012

Rumahku ada JIN?


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DIDALAM RUMAH

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.


CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah


Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut. Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.


"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."


2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :


AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.


3) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.


Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.


Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.


Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.


Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

sumber: Telaga Syifa'

Saturday, September 15, 2012

H.O.N.E.Y.M.O.O.N

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu melayari bahtera cinta..ceeewah!..hahaha!After settle majlis kat dua2 pihak, ape lagi, msti la kne honeymoon kn?..so sebab majlis bertandang aku kt Bota, tempat plg senang nak g msti la Cameron Highland..wink2!..

So pada pagi yang indah, September 2012, aku pon berangkatlah dengan Encik Suami p Cameron Highland..Tp being me, msti la aku ade je mnde mengarut yang nak buat kn?..so daripada kononnye honeymoon berdua, aku angkut skali photographer kepam2 aku p naik Cameron?..motip?..wat post wedding photography..ekekekeke..

So, this time, photog aku adalah bro g-John kepam2 ngan bos dia..siapakah?..mustilah En. Aizul Marcello..Fiq pon ade :-) shoot wat kt Sg Palas Tea Center..mmg best..aku ngan hubby sgt suke ngan kek dorang..tea pon sodap..Layan je la ek sikit2 gmbo post wed aku kt sane ek..
Kat sini la pilem ombak rindu shooting..ehehehe
artis gitew!..wakakakaka!

feeling abis..hehehe
Tah ape tah yang ditengok kt atas tuh..merenung masa depan kowt..
ni namenye photographer enterpreme..kt belakang 2 aizul ngan fiq..ehehehe

Dah settle bergmbo2 kt Sg Palas, aku check in kt hotel penginapan..amik pakej Honeymoon ye kawan2..kt mane?..sndiri tgk la gmba2 ni :-)

Strawberry Park Cameron Highland
Honeymoon suite..wink3x!
lalalalalala...best woo dah kawin..leh dok ribe2..ehehehe
bermalas-malasan..



Dah rilek2 cergaskan diri semula, jom p Kea Farm..jagung best..ubi best..nyum3x!..

bunga satu lori!
jambu dorang sodap!
rase cm kt obersea la..ekekekeke

OK?..puas tgk gmbo post wed aku?..sket2 dah la kn?..yg lain tuk kenangan indah aku ngan suami je..hehehe...mlm plak ktorang ingat nak g night market but rupenye, night market Brinchang cume ade hujung minggu ye kawan2 ..so xpayah la gatal2 nak berangan..huhuhuhu..so, tuk qada' kekuciwaan tak leh nak p pasa mlm, aku, En. Hubby n bro g-John p layan mapley kt brinchang..Malaysia lawan Vietnam tuh..hahaha!..

Teh tarik gelas besar satu!

*********************************************************************************
DAY 2

Second day pulak lepas bekpes, aku ngan hubby p half day tour Cameron Highland..dah masuk pakej dah..so xpayah byo pape..photog aku dah xjoin dah sbb deal ngan dorang pun tuk sehari je..:-)

Sebelum cargas p honeymoon trip. kt isi minyak dulu :-)
ni kat Gunung Berinchang
Tea farm kt otway turun Gunung Berinchang
Moss forest

Ktorang p jgak kt Sg Palas Tea Center, and bee farm but xsnap pix pon..sori la ye peminatku :-P..Balik dari half day tour, ktorang dijamu pulak dengan high tea..scones dia mmg terbaek..wallah!
scones depa mmg SODAP!

and last but not least, on the final night kt Strawberry Park tuh, we have our first candle light dinner ever..makanan dia sedap woo..western la kn?..hehehe
Caesar's salad..sedap..hehehe
Tomato soup..
Hubby's entree..Grill chicken..
my entree..Salmon grill..aku nak menda ni lagi!
Strawberry cheese cake..lalalala..

*********************************************************************************

DAY 3

Pagi2 bangun, hubby bg 3 kuntum bunga ni..merah tanda cinta, putih tanda suci n pink tanda dia akan jadi sahabat saya selamanya..love u hubby!
Third n final day kat Cameron highland..xde aktiviti sgt pon..just bermalas-malasan kt bilik..ktorang check out kul 12..b4 balik, aku request hubby nak mkn waffle..so ktorang g kt satu waffle station yang member aku rekemen..Waffle station ni letak kt sebelah hotel Casa De' la Fern..mmg sodap n berbaloi2..sila pergi mkn kt sane..hehehehe
Sila datang kt cni..memang sedap waffle dia..
N b4 turun, kami skali lagi singgah kat Kea farm..biase la..beli souvenier sket tuk family..n the best part is, hubby bought me this lovely flower..merah tanda cinta :-)

bunga n jagung bakar..PERFECT!

So, inilah cerita honeymoon aku.. LOVE is in the air!




Wednesday, September 12, 2012

Bertandang

Ok..last week dah cerita pasal majlis resepsi aku kn?..so ari ni jom layan gamba2 masa majlis bertandang kat belah hubby pulak..FYI, aku xde gmba mase dorang prepare majlis ni sebab mak ngan ayah xbg menantu dorang ni balik b4 majlis..xsurprise katenye..so enjoys je la gmba2 aku masa majlis ek..hehehe!


*************
8 September 2012

Preparation for the majlis :-)

Disambut kompang

with some of the guests

Alhamdulillah..

Tuesday, September 4, 2012

My wedding journey

Tanggal 31..bulan 8..2012..Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku dah sah jadi isteri kepada seorang yang bernama Mohd Hanafi bin Ahmad Damanhuri.. As i've told you guys, it was not an easy journey but alhamdulillah despite all challenges, we've made it..Orang lain dok nyanyi lagu merdeka, aku plak nyanyi lagu kawin..ehehehehe

anyway, not much to say, just enjoy la some of my wedding pix ek :-)

*************
31 Ogos 2012

Dengan sekali lafaz, aku milik mu :-)
Saatnya sudah tiba
Alhamdulillah
Malam berinai


*************
1 September 2012
Khatam al-Quran

The pelamin





Ready bebeh!

Menunggu sang suami

Bersanding :-)
makan beradap

Family
Doakan kami :-)


Friday, August 10, 2012

Baju kawen

Hi sumer!..

OK ari ni nk cite pasal baju kawen..Jom layan inspirasi2 baju kawin aku..tuk baju nikah..tuk nikah aku mmg nak kaler off white to cream..potongan nak sleek jer..so aku bgtau designer aku aku nak ala2 cm ni..



but instead of putih dari hujung ke hujung, aku nak ade touch of pink..so pndai2 la nnti wedding planner aku pk..hehehe..tuk laki punya, ktorang beli siap je..xde tempah kt wedding planner aku pon..sbb cik abe aku ade pilihan dia sendiri..wink3x!

Tuk resepsi belah aku, aku dah tetapkan tema kaler TURQOISSE n CREAM..

Color scheme pilihan aku..

So, for wedding pnya baju, aku pilih nak ade ala2 kebaya labuh..ilham datang from this couple pnya baju actually. tuk perempuan aku nak luar kaler turqoisse but inner cream and lelaki, plak vice versa//aku nak baju dia kaler cream cuma samping n tengkolok je kaler turqoisse..baju dia aku nak ala2 yusry pnya baju kawin..cantik sgt..lgpon ktorang ni stok beso2..so kne la ade jaket tuk nampak kurus bergaya :-)


baju perempuan dia cntik..
baju laki aku nak cm ni..

So ukuran baju Pojie dah amik..sketch sume dah buat..so tunggu mase je la tuk fitting...n aku suke baju aku!..yeah!

OK, 2 weeks to go!

Wednesday, July 18, 2012

PA system

Ok. apelah namanya majlis kawin klu xde deejay kn?..so tuk kawin aku pon mesti la ade deejay n PA system..memula nak amik kawan ayah aku je tp nak dijadikan cerita, tarikh kawin aku tuh, member ayah aku dah kne booking..so xdapat la kn?..kena la guna pencarian gugel..

blogwalking pnya blogwalking..gugel punya gugel, aku jumpa company ni.nama dia The Junx ..harga depa menarik..so aku pon email la kt dorang (alamat email ngan list harga, korang tgk sndiri la ek..aku mls nk copy paste :-)). Aku deal ngan khairul.. Memang senang deal ngan dorang coz seboleh mungkin depa akan bg aku pe yang aku nak..harga pon mmg terbaek..siap tak berkira sangat masa sume..so ok la kn?..hehehe..rupe2nye, die ni pnah jd PA system mase member aku Farah kawin..so aku yakin la dorang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk aku mase majlis nnti..sume dah deal..CONFIRM..

OK dah settle bab sound system..NEXT!

Wednesday, June 20, 2012

Doorgift

Misi pencarian doorgift ni aku dah mulakan lama dah..sejak start decide tarikh kawin lg..dalam hati aku, mmg aku tak mau buat cm org biasa wat..bg goodie bag..mmg BIG no..no..no..no..sebab ape?..sebab aku rase, org akan buang je..dah la mahal..yang penting, aku nak save environment la konon..so mnda ni kn guna pokok tuk buat kertasnya..tp terpulang kt korang la ek..ni pendapat personal aku je..n aku nak lain sari org lain
:-)





so jom pk pe nak buat..

seramik cm ni mmg dh keluar dari senarai aku awal2 lg..sebab dah byk sgt org bg n xthrill la kn?..hehehe


yang ni pon aku xfavor sangat..sbb aku pon xtau pe fungsi die..so NEXT!



niat pertama kat hati, nak bg coklat..tp bile carik punya carik, uish, xmampu la kot nak bg org cekelat prailine..jemputan mak aku dah tetapkan 1000 pax..masak weh nk membayo..so kita pk lg..
..
..
..
..
..


apam ni comel jugak kn?..hmm..harga pon murah je..so, APAM POLKADOT it is!

TAPI.....

 nak carik kat sape?..nak letak kt kotak mcm mana?..uish, pning2....
.
.
.
.
.
.
tibe2..
.
.
.
.
.
TING!!

aku teringat ade ofis mate kt tempat aku, Kak Rosmanizar  ambil tempahan buat apam polkadot tuk makan2..so dengan tak malunya, aku tnya boleh tak buatkan doorgift tuk aku..Alhamdulillah dia setuju nak buatkan tuk aku..siap buat mcm2 idea lg tuk nak display apam comel tuh..




So, yang mana akan menjadi poojaan hatiku?..TUNGGU!!!.....

Next!